fbpx

Pesawat tentera AS terhempas di New Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan sebuah pesawat F-16.- Getty Images

WASHINGTON – Sebuah jet tentera F-16 terhempas berhampiran Pangkalan Tentera Udara Holloman di negeri New Mexico, sebelum waktu tengah hari (waktu tempatan) semalam, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) kepada laman berita Fox News.

Menurut pegawai tersebut, juruterbang pesawat itu sempat keluar dari jet menggunakan kerusi anjal sebelum ia terhempas.

Pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon milik Tentera Udara AS itu terhempas di barat pangkalan berhampiran Taman Negara White Sands pada kira-kira pukul 11.50 pagi (waktu tempatan).

Ketika kejadian, pesawat itu hanya dikendalikan oleh seorang juruterbang, manakala dia telah dihantar ke pusat perubatan terdekat untuk menerima rawatan.

Siasatan sedang dilakukan untuk menentukan punca nahas itu, manakala insiden tersebut  merupakan yang ketiga dalam tempoh enam bulan melibatkan pesawat F-16 milik AS. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI