fbpx

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung beberapa penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melihat Gunung Ruang dari Pulau Tagulandang di Sulawesi Utara baru-baru ini. – AFP

PETALING JAYA – Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan yang terjejas susulan letusan Gunung Ruang, Sulawesi, Indonesia semalam.

Malaysia Airlines dalam kenyataan berkata, penerbangan yang disambung ialah MH2660D (Kuala Lumpur ke Tawau) yang sebelum ini MH2660 dan MH2661D (Tawau ke Kuala Lumpur), penerbangan sebelum MH2661.

Selain itu, turut dijadualkan semula, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan membabitkan MH2608 (Kuala Lumpur ke Labuan) dan MH2609 (Labuan ke Kuala Lumpur).

“Bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga dimaklumkan kelak.

“Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada pelanggan yang terjejas,” katanya di sini hari ini.

Penerbangan yang dibatalkan keluar masuk Sabah pada hari ini ialah MH2710 (Kuala Lumpur – Sandakan), MH2711 (Sandakan – Kuala Lumpur), MH2668 (Kuala Lumpur-Sandakan) dan MH2669 (Sandakan – Kuala Lumpur).

Sementara itu bagi penerbangan keluar masuk Sarawak ialah MH2594 (Kuala Lumpur – Miri), MH2593 (Miri – Kuala Lumpur), MH2574 (Kuala Lumpur – Miri), MH2575 (Miri-Kuala Lumpur), MH2716 (Kuala Lumpur – Sibu ) dan MH2715 (Sibu – Kuala Lumpur).

“Bagi meminimumkan kesulitan disebabkan pembatalan ini, pihak kami menawarkan pelanggan yang terjejas dengan perubahan sekali pada jadual perjalanan secara percuma atau bayaran balik penuh.

“Pelanggan yang terjejas boleh berbuat demikian melalui laman sesawang kami ataupun hubungi Live Chat kami atau Pusat Hubungan Global kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI