fbpx

Wanita sarat hamil kejar pencuri sejauh 50 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berjaya diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan menjerit sewaktu mengejar pencuri sejauh 50 meter (m) membawa hasil apabila suspek ditahan di pintu keluar sebuah pusat beli-belah di Seksyen 23, Shah Alam, di sini malam tadi.

Penahanan suspek berusia 22 tahun dilakukan dengan kerjasama orang ramai yang berada di sekitar pasar raya tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 10.57 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan operator kilang berusia 37 tahun telah pergi ke pasar raya tersebut untuk membeli persiapan bersalin seorang diri.

Katanya, mangsa juga didapati sarat mengandung sembilan bulan bagi anak yang ketiga.

“Semasa mangsa berada di tandas wanita telah menyedari beg sandangnya yang di sangkut di pintu tandas telah dilarikan oleh suspek.

“Mangsa kemudian bergegas keluar daripada tandas dan bertindak mengejar serta menjerit meminta bantuan orang ramai yang berada di sekitar untuk menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan mangsa mengejar suspek kira-kira 50 m dari tandas ke pintu pasar raya itu.

Beliau menambah, suspek kemudiannya telah berjaya dicekup bersama beg sandang mangsa sebelum dilakukan tangkapan semula oleh polis.

Mohd. Iqbal menjelaskan semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek kini direman selama tiga hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Fairunizam Puasa di talian 013-6616845,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI