fbpx

Pusat Bandar Shah Alam akan dihidupkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika bersalaman dengan pengunjung rumah terbuka PKNS, hari ini.

SHAH ALAM – Pembangunan projek peremajaan semula bandar Shah Alam terutama di Seksyen 14 adalah bagi meningkatkan kerancakkan ekonomi dan ‘menghidupkan semula’ pusat bandar raya ini setiap masa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini dilakukan menerusi pembangunan PKNS Square yang akan dimulakan pada hujung tahun ini dengan kos RM2 billion.

Katanya, ini melibatkan beberapa unit bangunan yang akan diambil alih seperti Peransang dan MRCB sebagai bangunan utama milik kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Kita akan menghidupkan semula dan memberi nyawa baharu kepada pembangunan dan perancangan yang ada di sini dan sebahagiannya pada tema dan juga konsep 1980-an.

“Jadi, kita boleh redesign, refocus, realigne dan sebagainya. Jadikan kawasan ini lebih vibrant dan sesuai dengan kapasiti sebagai Ibu Negeri Selangor.

“Penambahbaikan akan termasuk Pusat Konvensyen Shah Alam. Sekarang, kita sedang meneliti rakan-rakan kongsi yang layak ataupun pelabur-pelabur yang bersedia ingin membangunkan kawasan itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka PKNS hari ini.

Beliau memberitahu, pembangunan peremajaan itu akan mengambil masa sehingga 10 tahun dengan penyusunan semula skala kapasiti dan ekonomi serta aliran tunai.

“Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ingin menghidupkan dengan lebih rancak di kawasan ibu kota negeri sebab Shah Alam terutama di kawasan pusat bandarnya, Seksyen 14 dan sekitarnya akan mati selepas pukul 9 malam.

“Kita juga tidak mahu kawasan yang mati begitu sahaja yang hanya dihuni pada waktu siang selain Seksyen 13, 16, 2 dan 7, Jadi pada waktu malam atau waktu-waktu tertentu juga perlu diletakkan aktiviti-aktiviti supaya ia menjadi satu pusat ekonomi bukan sahaja pentadbiran,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI