fbpx

Kabinet beri ‘lampu hijau’ penerbitan bon AS$3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto oleh Saddam Yusof

KUALA LUMPUR – Kabinet dikatakan telah memberi ‘lampu hijau’ sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon sebanyak AS$3 bilion anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL) pada 2013.

Perkara itu dimaklumkan Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin yang bersetuju terhadap cadangan soalan peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili Najib.

Peguam itu bertanyakan sama ada saksi pendakwaan ke-49 bersetuju bahawa Najib selaku Menteri Kewangan ketika mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Mac 2013 yang membentangkan memo kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan mengenai penerbitan bon tersebut.

Sebelum ini, mahkamah pernah diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia akan mengambil tanggungjawab untuk membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejumlah AS$3 bilion, jika syarikat itu gagal berbuat demikian.

Ia merujuk kepada surat sokongan kerajaan kepada 1MDB bertarikh 14 Mac 2013 yang ditandatangani Najib selaku Menteri Kewangan ketika itu.

Surat itu menyatakan kerajaan Malaysia telah mengambil maklum bahawa anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB GIL akan menerbitkan bon sebanyak AS$3 bilion yang akan dibayar sepenuhnya pada 2023.

Selain itu, pegawai SPRM tersebut juga bersetuju dengan soalan pembelaan bahawa Najib tidak mempunyai konflik kepentingan terhadap penerbitan bon berkenaan.

Selain itu, Nur Aida bersetuju dengan soalan Wan Azwan Aiman bahawa Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 13 Mac 2013.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan soalan pembelaan bahawa tiada salah guna yang berlaku membabitkan proses tersebut.

Saksi itu tidak bersetuju berhubung soalan peguam sekiranya Najib mempunyai kepentingan dalam penerbitan bon itu dimana beliau sepatutnya berjaya mendapatkan jumlah dua kali ganda lebih besar (AS$6 bilion) daripada jumlah bon dinyatakan (AS$3 bilion).

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI