fbpx

[VIDEO] 3 bulan tidak sebumbung, perceraian jalan terakhir – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Nedim kini di ambang perceraian.

KUALA LUMPUR – “Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.”

Demikian kenyataan pelakon, Nora Danish berhubung dakwaan rumah tangganya dengan Nedim Nazri berantakan sehingga tidak lagi tinggal sebumbung.

Pun begitu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42 berkata, dia dan suami sedang berusaha menangani kemelut tersebut sebaik mungkin.

Menurut Nora, dia dan Nedim hakikatnya sudah tidak lagi serumah sejak tiga bulan lalu disebabkan masing-masing memberikan ruang antara satu sama lain.

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani dengan baik.

“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingqn di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun pelakon filem Sayu Yang Syukur menegaskan hubungannya dengan suami baik-baik sahaja terutama melibatkan urusan anak-anak.

“Kami tetap berhubung bahkan saya tidak mahu apa yang berlaku memberi tempias negatif terhadap perkembangan anak-anak.

“Anak-anak okey dan sudah faham tetapi yang kecil itu mungkin tidak tahu situasi sebenar. Mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai direnovasi,” jelasnya.

Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya anjuran 4ward Entertainment SDN BHD bersempena pra pelancaran filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, hari ini.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menyerahkan 100 peratus hal rumah tangga mereka mengikut ketentuan Tuhan.

“Itulah aturannya, kebetulan situasi berlaku seiring dengan keadaan rumah yang sedang direnovasi, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini.

“Kami doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” tutupnya tenang.

Desas desus pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula bertiup kencang selepas mereka tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun.

Bagaimanapun, Nora bercerai dengan Jejai pada 10 Julai 2008. – KOSMO! ONLINE

@hibglam.com.my

“Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.” Demikian kenyataan pelakon, Nora Danish, 42, berhubung dakwaan rumah tangganya dengan Nedim Nazri berantakan sehingga tidak lagi tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu. #noradanish #nedim #rumahtangga #bergolak #kontroversi #pelakon #hibglam 📹HAIKAL RAMLI

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI