fbpx

‘Aqish dicabul darah daging sendiri, tiada siapa ambil peduli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Puteri Balqis akhirnya tampil mendedahkan perbuatan jenayah terhadap pelakon itu.

PETALING JAYA – Hampir dua tahun kontroversi kes cabul membabitkan pelakon Puteri Balqis atau Aqish, ibunya meluahkan perasaan terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang wajar.

Kata Norashikin Mohd. Aziz, 42, dia bersuara selepas merasakan berlaku ketidakadilan, bahkan semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.

“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.

“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.

“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” ujarnya panjang lebar teresak-esak menerusi Instagram anaknya.

Dalam hantaran sama, ibu tunggal itu berkata, hanya orang yang duduk dalam kasutnya sahaja akan memahami segala situasi dialami mereka.

Bahkan ujarnya, tiada apa yang dimahukan mereka selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.

“Orang tuduh anak saya macam-macam sampai kata dia fitnah ahli keluarga sendiri.

“Dunia dan jiwa aku sudah mati, ini bukan untuk saya tetapi untuk anak, dia adalah adalah segala-segalanya bagi aku.

“Saya ibu yang gagal pertahankan anak, saya mengaku itu. Dengan apa yang jadi, saya letakkan kesalahan atas diri saya. Cakaplah apa pun, saya hanya mahukan keadilan,” tutupnya.

Terdahulu, sekitar akhir tahun 2022 pendedahan Puteri Balqis Azizi yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ketika kecil mengejutkan banyak pihak.

Pengakuan menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.

Pelakon drama Rampas Cintaku 2 itu kemudian membuat laporan polis berhubung dakwaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI