fbpx
KWSP akan memperkenalkan Akaun Fleksibel kepada pendeposit bermula 11 Mei ini.

Luahan Pembaca: Gunakan kemudahan Akaun 3 KWSP sebaik mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Saya rasa ramai yang berasa gembira dan teruja dengan pengenalan Akaun Fleksibel atau dikenali sebagai Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 11 Mei ini.

Saya difahamkan ia bagi membolehkan mereka yang berusia 55 tahun ke bawah mengeluarkan wang simpanan masing-masing di dalam akaun tersebut pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, saya bimbang sekiranya ia memberikan impak negatif terhadap masa hadapan golongan sasaran itu kerana ia bakal menyebabkan beberapa perkara.

Jika dilihat di laman sosial X, ramai anak muda yang mahu menggunakan wang tersebut untuk pelbagai perkara seperti menampung kos kehidupan seharian mereka yang kini semakin meningkat.

Saya tidak pasti menampung kehidupan seharian itu apa maknanya secara lebih terperinci, namun jika dibiarkan pasti memberi kesan buruk terhadap simpanan mereka pada masa depan.

Secara peribadi, saya tidak mahu wang simpanan bagi tujuan persaraan berkurangan, namun bagi mereka yang kerap mengeluarkan wang dari Akaun Fleksibel, pastinya memberi impak besar pada masa hadapan.

Bukanlah mahu menidakkan kemudahan yang diberikan kepada orang ramai yang mungkin benar-benar memerlukan wang demi kelangsungan hidup, tetapi sedikit khuatir dengan nasib yang bakal menimpa mereka jika ia berterusan.

Cuma, gunakan kemudahan yang diberikan itu sebaik mungkin agar tidak menyesal di kemudian hari.

NORHIDAYAH FAUZI
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN