fbpx

42 maut empangan pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA banjir membawa perabot selepas melawat rumah mereka yang musnah di kawasan kejiranan Mathare, Nairobi pada 25 April lalu. – AFP

NAIROBI – Sekurang-kurangnya  42 orang meninggal dunia apabila tebing sebuah empangan pecah dalam tragedi dekat sebuah bandar di lembah Rift Valley, Kenya, kata gabenor tempatan hari ini.

“42 orang terbunuh, namun anggaran ini tidak tepat. Masih terdapat lebih ramai mangsa tertimbus di dalam lumpur. Kami masih berusaha untuk mengeluarkan mereka,” kata Gabenor Nakuru, Susan Kihika.

Insiden empan pecah hari ini mengakibatkan angka korban semasa musim hujan di Kenya yang berlaku antara bulan Mac hingga Mei,  meningkat kepada 120 orang. 

Sementara itu,  Pertubuhan Palang Merah Kenya berkata  bahawa pihaknya menemui dua mayat selepas sebuah bot membawa ‘ramai orang’ karam di Sungai Tana, timur Kenya pada hujung minggu lalu.

 Menurutnya, seramai 23 mangsa lain berjaya diselamatkan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI