fbpx

Tarik balik semua kejuaraan Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADA yang mencadangkan agar takhta kejuaraan Aliff sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan ditarik balik

ALIFF Aziz ketika ini mungkin antara artis lelaki yang paling dibenci ramai dalam masa sama paling ‘king’ dalam kalangan lelaki curang.

Orang Malaysia pula memang benci betul isu curang-curang sejak akhir-akhir ini, jadi memang mengundang bala.

Disebabkan semua cerita buruk itu, ramai mula mengeluarkan idea sendiri agar semua isu negatif berkaitan Aliff lenyap.

Antara idea netizen adalah memulangkan semula Aliff ke negara kelahirannya, Singapura.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mencadangkan agar takhta kejuaraan Aliff sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan ditarik balik. Bagi mereka, individu yang mempunyai terlalu banyak isu peribadi tak layak dijulang sebagai juara atau idola masyarakat.

Berat juga idea netizen tetapi ada kebenaran. Kes mereka pula makin kusut. Nasib baik Bella dan Caprice sudah berbaik, sekurang-kurangnya satu perang sudah tamat. Kalau tidak semua jadi bodoh macam kata isteri Caprice, Farra Inalis!

DIVA: Ramai marah cara Ruhainies minta daripada Bella. Dah sedap ‘sumpah’ orang, senang nak ajak jumpa!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI