fbpx

75 peratus Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Sebanyak kira-kira 75 peratus kawasan Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan di sini yang seluas lapan hektar sedang terbakar dipercayai disebabkan impak cuaca panas sejak kelmarin.

Setakat ini, kebakaran tersebut telah merebak sehingga ke enam hektar tapak pusat pelupusan sampah utama di daerah ini dan Kuala Terengganu tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar, berkata, seramai 15 pegawai dan anggota bomba sedang bekerja keras memadamkan kebakaran tersebut setiap hari sejak Jumaat lalu.

“Usaha untuk memadamkan kebakaran berdepan cabaran ekoran sumber air yang agak jauh, cuaca kering dan timbunan sampah banyak.

“Kita telah membawa lori tangki yang membawa kapasiti 20,000 liter air dalam usaha mengawal kebakaran tersebut daripada terus merebak,” katanya di sini hari ini.

Hassan ‘As’ari berkata, api kebakaran hanya dijangka dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh paling awal pada lusa.

Tambah beliau, siasatan awal memdapati kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan berpunca daripada faktor semulajadi ekoran sisa sampah berkenaan terdedah dengan haba tinggi ekoran cuaca panas.

“Api kebakaran yang tercetus tambah merebak dengan timbunan sampah yang merupakan bahan mudah bakar.

“Kami turut sedang memantau impak asap tebal disebabkan kebakaran itu terhadap pengguna jalan raya dan penduduk setempat,” katanya. – KOSMO! ONLE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI