fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Noor Rahiza dikebumi berhampiran pusara ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Noor Rahiza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam di Yan, malam ini.

YAN – Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, di sini pada pukul 9.55 malam tadi.

Lebih 500 orang hadir termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan berhampiran pusara ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan, Laksamana Pertama Azhar Adam yang mengetuai legasi dari Lumut menyerahkan Bendera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada suami arwah, Mohd Azinor Azizan.

Empat anak arwah termasuk pasangan kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor, 16; Muhammad Qisti Afif, 15, Nur Qistina Balqis, 6, turut hadir pada pengebumian.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi suasana sebaik sahaja van membawa jenazah Noor Rahiza tiba di pekarangan masjid tersebut pada pukul 9.07 malam.

Sebelum itu, van yang membawa jenazah Noor Rahiza tiba dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh Perak itu singgah di rumah bapa arwah di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, di sini pada pukul 8.40 malam untuk penghormatan terakhir ahli keluarga dan sanak saudara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI