fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: MCA enggan bantu kempen tak ganggu fokus pertahan kerusi – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap kepada media selepas Majlis Madani Muhibah Aidilfitri 1445H/2024 di Pekarangan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Keputusan MCA untuk tidak membantu kempen calon dari DAP tidak akan mengganggu fokus jentera Kerajaan Perpaduan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, calon yang ditampilkan dari Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao mewakili DAP menjadi keutamaan seluruh jentera parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“(Jentera MCA tiada) tidak mengganggu. Hubungan antara PH dan BN itu kukuh, BN pun sudah maklum mereka akan bantu.

“Jadi yang penting di lapangan kita kekal fokus. Kita ada calon yang bagus,” katanya kepada pemberita pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Sebelum ini , MCA kekal dengan pendirian untuk tidak membantu DAP sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu selepas DAP mengumumkan akan mewakili Kerajaan Perpaduan.

Ketua Wanita MCA, Wong You Fong berkata, ia adalah keputusan secara konsensus kepemimpinan MCA demi prinsip dan maruah parti.

Dalam perkembangan tersebut, Fahmi berkata, tumpuan yang lebih penting adalah memastikan warga Kuala Kubu Baharu memahami calon yang diketengahkan adalah seorang calon yang sangat berwibawa, muda dan seorang wanita yang berdedikasi.

“Kita mahu fokus kepada calon yang sangat bagus ini, apa yang dia boleh bawa kepada penduduk Kuala Kubu Baharu.

“Pengalaman beliau sudah pasti dapat membantu dalam usaha membangunkan kawasan ini. Ini jadi fokus seluruh jentera dan kita akan bersatu padu,” katanya.

Semalam setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang diumum sebagai calon DAP mewakili Kerajaan Perpaduan bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.

Wanita berusia 31 tahun berasal dari Ampang, Selangor, itu juga pernah bertugas sebagai penolong penerbit untuk Ubah TV, saluran video milik DAP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI