fbpx

Kilang padi pertama di Langkawi dibina dengan kos RM8.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menandatangani plak perasmian program Gelombang Padi Projek Padi Pulut Langkawi Smart SBB Ala Sekinchan di Kampung Ayer Hangat, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Sebuah kilang padi yang pertama di pulau peranginan ini akan dibina dengan perbelanjaan RM8.9 juta dan dijangka beroperasi pada tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kilang dikendalikan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu berupaya memproses semua jenis padi yang ditanam di pulau ini termasuk padi pulut.

“Pada 2023, sebanyak 4,156 tan metrik padi (dari Langkawi) telah dibeli oleh Bernas dan ia perlu dihantar ke kilang Bernas di tanah besar dengan kos pengangkutan yang tinggi.

“Kos tersebut boleh mencecah RM75 setiap tan metrik atau RM300,000 setahun, di samping tempoh penghantaran sehingga tiga hari yang mana ia boleh menjejaskan kualiti padi yang diterima,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Perasmian Projek Padi Pulut Langkawi Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan di Pusat Pengumpulan Padi di Kampung Bukit Hantu, di sini hari ini.

Kata beliau, kilang padi yang akan dibangunkan di tapak Pusat Pengumpulan Padi itu mampu mengeringkan sehingga 60 tan metrik padi setiap hari.

Di samping itu, katanya, kilang padi itu juga akan dijadikan sebagai tarikan agropelancongan di pulau ini dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI