fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Sock Tao akui bimbang gagal raih sokongan Melayu, India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao ketika ditemui selepas program Kopitiam Talk di Kerling, hari ini.

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao akan terus berusaha mendekati komuniti Melayu, India serta Orang Asli bagi meraih sokongan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Sock Tao, 31, berkata, bagi minggu akhir kempen, beliau akan menumpukan kepada ceramah kelompok terutama di kawasan Kampung Baru Cina, taman perumahan Melayu serta Kampung Orang asli.

“Sudah tentu, kebimbangan memang ada, sebab itulah kita dalam Kerajaan Perpaduan bergerak dalam satu pasukan untuk mendekati pengundi seramai yang boleh.

“Tapi saya rasa sebagai calon yang bertanggungjawab, kita mesti hormat pertandingan dan kempen ini serta jangan putus asa,” katanya ketika ditemui selepas prgram Kopitiam Talk di Kerling, di sini hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Sock Tao dengan calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Mengulas lanjut, Sock Tao berkata, beliau juga mensasarkan pengundi atas pagar dengan menekankan mesej pembangunan dan inisiatif yang akan dibawa ke Kuala Kubu Baharu sekiranya menang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Saya akan menggunakan kempen dengan sepenuhnya sampai saat akhir untuk menyampaikan mesej utama bagaimana Kerajaan Perpaduan boleh membawa perubahan kepada kehidupan rakyat setempat,” jelasnya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Ampang itu menegaskan beliau tidak pernah mempersoalkan isu perkauman mahupun agama sepenjang tempoh kempen seperti yang didakwa pihak lawan .

“Setakat ini mesej kempen kita adalah memajukan kawasan Kuala Kubu Baharu. Saya tak mahu ulas isu politik kerana rakyat tempatan dan anak mereka tidak suka politik, mereka mahukan pembangunan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI