fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: PN belum sedia umum manifesto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal tengah ketika melancarkan Program Wanita Gempur di Bandar Baru Batang Kali, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) masih belum bersedia untuk mengumumkan manifesto meskipun memasuki hari kelapan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu berkata, ia berikutan PN mempunyai strategi yang berbeza daripada pihak lawan.

“Kita akan umumkan sebelum pilihan raya, bila tiba masanya. Masing-masing ada strategi dan PN ada strategi. Untuk calonnya bila nak masuk kampung melayu dia pakai tudung selendang, itu strategi (calon PH).

“Kami akan umumkan bila kami rasakan masa itu sesuai,” katanya pada sidang akhbar Program Wanita Gempur ‘Kuala Kubu Baharu Kita Bangkit’ di bilik gerakan utama PN, Bandar Baru Batang Kali, di sini hari ini.

Untuk rekod, calon PN, Khairul Azhari berdepan tentangan tiga pencabar lain iaitu calon PH, Pang Sock Tao, calon Parti Rakyat malaysia (PRM), Hafizah Zaindudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Dalam perkembang lain, semalam, Sock Tao sudah membentangkan manifesto parti itu yang merangkumi lima teras sementara Hafizah membawaenam agenda menumpukan isu rakyat.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, calon PN yang merupakan anak tempatan mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memahami permasalahan rakyat di Kuala Kubu Baharu.

“Kami amat yakin dengan penambahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PN yang mewakili Kuala Kubu Baharu, suara rakyat akan dibawa dengan lantang.

“Walaupun kita tidak memimpin kerajaan negeri, kami masih dapat membawa segala permasahan rakyat Kuala Kubu Baharu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI