fbpx

Pertandingan bawah umur perlu diperkasakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) dikritik hebat selepas alami kekalahan dalam tiga aksi Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar, baru-baru ini. FAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan untuk melakukan pengstrukturan semula pertandingan di peringkat bawah umur di negara ini bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti yang bakal bawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Mengikut format terkini yang sudah ditambah baik Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM bagi saingan 2024, setiap pasukan di Piala MFL akan bermain sejumlah 24 perlawanan, Piala Presiden minimum 14 perlawanan dan maksimum 20 perlawanan manakala Piala Belia minimum 16 perlawanan dan maksimum 22 perlawanan semusim.

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, mengikut kadar perlawanan yang dilalui pemain musim lalu, ia jelas masih lagi rendah berbanding pemain muda di Eropah.

“Untuk Piala MFL 2023 (pertandingan B-23 kebangsaan), jumlah perlawanan minimum ialah 12 perlawanan dan maksimum 20 perlawanan bagi pasukan yang layak ke final. Jika seseorang pemain muda itu bermain dengan pasukan yang berada di kedudukan terbawah, dia hanya akan bermain 12 perlawanan kompetitif secara maksimum di sepanjang musim lalu.

“Piala Presiden 2023 (pertandingan B-20 kebangsaan) pula minimum 13 perlawanan dan maksimum 16 perlawanan, Piala Belia 2023 (pertandingan B-18 kebangsaan) minimum 11 perlawanan dan maksimum 14 perlawanan.

“Manakala Liga SupaRimau (pertandingan peringkat akar umbi) dengan minimum 24 perlawanan di sepanjang tahun,” katanya.

Menerusi laporan media tempatan pada 2022, tinjauan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapati pemain bola sepak di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif di peringkat domestik.

Manakala menurut Persatuan Kelab-Kelab Eropah (ECA), purata jumlah perlawanan yang perlu dimainkan setiap pasukan remaja kelab di Eropah adalah dalam lingkungan 35 hingga 50 perlawanan setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI