fbpx

Ajal tumpang berteduh dalam pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika menumpang berteduh di pondok tepi jalan.

PAPAR – Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika menumpang berteduh di pondok tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Pan Borneo petang semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa warga tempatan berumur 48 tahun terbabit difahamkan menggunakan motosikal sebelum menumpang teduh di sebuah pondok sementara menunggu hujan reda.

Bagaimanapun, sebuah kereta SUV jenis Toyota Harrier yang dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Beaufort melalui Jalan Pan Borneo berkenaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, hasil siasatan mendapati sejurus tiba di lokasi kejadian, keadaan cuaca hujan lebat dan kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kenderaan berkenaan kemudian terlanggar mangsa yang sedang berteduh di pondok berdepan dengan kedai runcit berhampiran jalan terbabit.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa parah di bahagian badan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan, Hospital Papar yang tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Kamaruddin menyatakan pemandu kenderaan SUV Toyota Harrier serta penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`