fbpx

KPDN rampas 7,300 liter minyak diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin (depan kiri) ketika sidang akhbar, petang tadi.

SEGAMBUT – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan merampas sebanyak 7,300 liter minyak diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di ibu negara, Rabu lalu.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, serbuan hasil risikan selama dua minggu itu dilakukan menerusi Ops Tiris 3.0.

“Ketika serbuan dibuat, pihak kami mendapati terdapat sebuah lori tangki dalam keadaan mencurigakan sedang mengisi diesel ke dalam tangki lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori tangki berkenaan membuat pembelian berulang kali melebihi 20 kali transaksi di stesen minyak tersebut pada hari sama,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ariffin menjelaskan, pihaknya telah menahan empat individu termasuk pemandu lori bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita juga menyita lori tangki minyak dan telefon bimbit serta resit pembelian minyak diesel bersubsidi bernilai RM80,000,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI