fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Berhasrat naik helikopter sebelum bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR Rahiza (kiri) bersama Nurfarahimi (kanan) yang terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM terhempas di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.-FOTO MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Salah seorang mangsa korban nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi ini, Pegawai Waran II Noorfarahimi Mohd. Saedy berhasrat untuk menaiki helikopter sebelum persaraannya.

Menurut anak saudaranya yang mahu dikenali sebagai Muhd. Syahid berkata, ibu saudaranya itu ada menyatakan hasrat untuk menaiki helikopter.

“Dia (Allahyarham Noorfarahimi) ada beritahu yang mahu naik heli (helikopter) sebelum tamat tempoh perkhidmatannnya sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Gambar (gambar selfie bersama Bintara Muda Noor Rahiza Anuar) yang dikongsikan di laman TikTok saya, ialah gambar terakhir yang dihantarnya (Allahyarham Noorfarahimi) sebelum menaiki helikopter tersebut, ujarnya ketika dihubungi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 10 kru dilaporkan terkorban setelah dua helikopter TLDM bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi.

Ujarnya, insiden itu melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI