fbpx

Pengetua sekolah agama dapat hadiah persaraan Nissan X-Trail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Othman diarak menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard pada Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi di SMUA Al-Kauthar, Peringat, Kota Bharu hari ini. -Foto MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

KOTA BHARU – Pengetua Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Kauthar, Peringat di sini terkejut bercampur gembira apabila menerima trak pikap jenis Nissan X-Trail sebagai hadiah persaraan.

Othman Mohamad, 56, akan bersara esok selepas 22 tahun menabur bakti di sekolah tersebut.

Beliau kelihatan gembira menerima kejutan istimewa itu dan akan menghargai serta memanfaatkan sepenuhnya kenderaan tersebut.

Menurut Othman, beliau tidak menyangka pihak sekolah meraikan persaraannya dengan memberi tanda kenangan yang cukup istimewa iaitu sebuah kenderaan.

“Kehidupan saya akan berubah selepas ini daripada dunia pendidikan kepada pertanian. Saya mempunyai kebun durian musang king di Dabong, Kuala Krai.

“Saya memang ada menyatakan hasrat memiliki trak pikap yang boleh dibawa ke kebun. Tetapi tak sangka pihak sekolah merealisasikan hasrat ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi di SMUA Al-Kauthar hari ini.

Othman memberitahu, beliau memilih untuk bersara awal pada usia 56 tahun selepas 31 tahun menyumbang bakti dalam dunia pendidikan di beberapa sekolah sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai pengetua di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMUA Al-Kauthar, Saifullah Hamzah berkata, seramai 60 guru berusaha mengumpulkan dana sebanyak RM12,300 untuk membeli trak pikap tersebut sebagai hadiah istimewa buat Othman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI