fbpx

JPNT arah merentas desa sekolah selepas pukul 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua murid pulang dari sekolah di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan sebarang aktiviti luar bilik darjah di semua sekolah Terengganu termasuk merentas desa hanya boleh dilaksanakan selepas pukul 5 petang.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, semua aktiviti itu juga hanya dibenarkan sekiranya suhu pada hari tersebut di bawah 35 darjah Celcius.

Beliau berkata, ketetapan tersebut bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid tidak terjejas berikutan musim cuaca panas dan kering yang masih melanda negara ketika ini.

“Sebelum ini, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) negeri ini telah diarahkan menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah sekiranya suhu harian melebihi 35 darjah Celcius.

“Ia selaras garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan keselamatan murid serta mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelani berkata, JPNT sentiasa memantau rapat semua aktiviti yang diadakan pihak sekolah agar selari dengan pekeliling dikeluarkan KPM.

Beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada mana-mana pihak terutama ibu bapa sekiranya pelanggaran peraturan kementerian dilakukan pengurusan sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI