fbpx

Lapan sekeluarga cabut lari selepas makan stik RM1,900

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga tersebut menikmati pelbagai makanan yang mahal di Bella Ciao Italian. – Facebook

LONDON – Pemilik sebuah restoran makanan Itali di Swansea, Britain terpaksa berputih mata apabila sekumpulan pelanggan yang makan di premisnya melarikan diri tanpa membayar selepas menikmati pelbagai menu berharga £329 (RM1,949).

Akhbar The Sun UK melaporkan, keluarga yang terdiri daripada lapan orang itu memesan menu stik tulang-T, lebih 12 minuman ringan serta beberapa pemanis mulut ketika makan di Bella Ciao Italian.

“Mereka memesan makanan paling mahal yang ditawarkan. 

“Isteri saya memberitahu bahawa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mereka memesan makanan dengan banyak tetapi tidak menghabiskannya,” kata pengurus kedai, Tyrone Reese.

Tambah Reese, salah seorang wanita dalam keluarga itu cuba membayar menggunakan kad debit sebanyak dua kali, namun pembayaran ditolak.

“Dia kemudian memberitahu bahawa dia mahu mengambil kad yang lain dan meminta anak lelakinya menunggu di kaunter.

“Namun, selepas anak lelakinya menerima satu panggilan telefon, kanak-kanak itu tiba-tiba memecut lari meninggalkan premis begitu sahaja,” ujar Reese.

Selepas gagal menjejaki keluarga tersebut, Reese membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan kesemua pelanggan berkenaan sedang diburu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI