fbpx

Gas Malaysia dan FGV perkukuh inisiatif gas hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap.

PETALING JAYA – Ahli Kumpulan MMC, Gas Malaysia Berhad telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama anak syarikat FGV Holdings Berhad, FGV Palm Industries Sdn. Bhd. (FGVPI) bagi mendapatkan biogas yang dijana dari 37 kilang FGVPI untuk dinaiktaraf menjadi biometana.

Biometana yang dihasilkan kemudiannya akan disuntik ke dalam rangkaian sistem pengedaran gas asli Gas Malaysia sejauh lebih 2,800 kilometer merentasi Semenanjung, untuk diagihkan kepada lebih 1,000 pelanggan industri.

Dengan memperluaskan jejak geografinya, Gas Malaysia kini bersedia untuk meluaskan jangkauan dan berkhidmat industri-industri utama sambil menyumbang ke arah pembinaan negara.

Mengulas pencapaian berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, ketika dunia semakin pantas menerima masa hadapan rendah karbon, gas asli sebagai bahan api fosil paling bersih berbanding alternatif lain terus menjadi pelengkap kepada sumber gas boleh diperbaharui.

“Menyedari peranan kami dalam peralihan tenaga Malaysia, Gas Malaysia sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab kekal teguh dalam komitmen ke arah memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk gas sambil menyampaikan komitmen kemampanan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif berkenaan selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, yang mana kerajaan menyasarkan untuk mengangkat kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui kepada 40 peratus menjelang tahun 2035, dan 70 peratus menjelang 2050. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI