fbpx

Sultan Pahang ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mohammed Hanif

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi.

“Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang berumur 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selangor.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” titah baginda menerusi kenyataan di laman Facebook.

Mohammed Hanif, 85, merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan kemudiannya Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971 sebelum bersara pada 15 Januari 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI