fbpx

[KEMASKINI] Wanita simbah air panas pada pemuda OKU ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda OKU mengalami kecederaan melecur akibat disimbah air panas.

BALIK PULAU – Wanita yang disyaki menyimbah air panas ke arah pemuda orang kelainan upaya (OKU) Sindorm Down sudah ditahan polis di kawasan berhampiran lokasi kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, malam tadi.

Penahanan wanita terbabit dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) kurang empat jam kejadian itu tular di media sosial, petang tadi.

Tindakan pantas polis telah mendapat pujian daripada penduduk di situ, yang rata-ratanya bimbang akan kejadian sama berulang.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pemuda berusia 33 tahun itu disahkan mengalami kecederaan melecur pada sebahagian belakang dan depan badan sebelah kanan akibat disimbah dengan air panas dan bukannya asid.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.24 pagi tadi ketika mangsa berada bersama suspek di dalam lif perumahan berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI