fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Ujian untuk Kerajaan Selangor – Sock Tao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao ketika menghadiri Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali, baru-baru ini.

HULU SELANGOR – “Saya rasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu adalah (satu) ujian kepada Kerajaan Negeri Selangor”.

Demikian kata calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berhubung tekanan yang dihadapi bagi mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

“Kita kena uji, tengok macam mana prestasi Kerajaan Selangor yang selama ini amat cemerlang.

“Kerajaan negeri sekarang adalah kerajaan yang paling banyak membekalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada negara,” katanya ketika ditemui di Restoran Rasa 22, di sini malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan PRK Kuala Kubu Baharu merupakan referendum kepada kerajaan.

Untuk rekod, Sock Tao ditentang tiga pencabar lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini iaitu calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut, calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Mengulas lanjut, Sock Tao berkata, kerajaan Selangor menyediakan pelbagai inisiatif yang meliputi pelbagai lapisan dan menyeluruh.

“Daripada segi pelaburan pula ia meningkat setiap tahun. Saya rasa ini haruslah menjadi satu memorandum (untuk) kita menguji prestasi yang amat cemerlang (dan) terbilang buat kerajaan Selangor,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI