fbpx

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bakal terus ke Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Peringkat Negeri Kelantan di RTC, Tunjong di Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan projek penambahan landasan sejauh 400 meter di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini agar ia boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah bersetuju dengan cadangan itu akan cuba melaksanakan projek tersebut dengan segera.

Menurutnya, projek tambahan landasan itu sekali gus membolehkan penerbangan umrah dan haji dari Kelantan terus ke Arab Saudi.

“Saya setuju supaya lapangan terbang (landasan) di Kelantan ditambah sepanjang 400 meter. Kita akan cuba laksanakan dengan segera.

“Saya sudah memaklumkan kepada Malaysia Airlines (MAS). Apabila siap lapangan terbang itu, penerbangan umrah dan haji dari Kelantan boleh bergerak terus Jeddah, Arab Saudi,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau akan menyampaikan cadangan untuk menaik taraf landasan LTSIP itu kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dengan segera.

“Saya akan sampaikan kepada Anthony Loke. Beliau merupakan menteri yang cepat dan cekap. Ini yang kita katakan Kerajaan Madani. Apa yang baik kita lakukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI