fbpx

Ahli politik wanita dicekup suami jalin hubungan sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRAPAPORN CHOEIWADKOH - Foto Weibo

BANGKOK – Seorang ahli politik wanita di Thailand menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas dia dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan anak angkat lelakinya, lapor portal berita Wion News hari ini.

Menurut akhbar South China Morning Post, Prapaporn Choeiwadkoh, 45, ditangkap ketika dia tidur bersama anak angkat lelakinya di atas katil.

Suami Prapaporn yang dikenali sebagai Ti bertindak menangkap isterinya sendiri ketika itu.

Ti sudah lama mengesyaki hubungan sulit tersebut  dan merancang untuk memerangkap kedua-dua mereka.  

Bagaimanapun, anak angkat yang berusia 24 tahun itu kini telah melarikan diri. 

Berita penangkapan itu mengejutkan netizen, lapor akhbar tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI