fbpx

Hospital Queen Elizabeth 2 dinaik taraf sebagai Pusat Jantung Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu hari ini. -Foto: Ihsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Sebanyak RM80 juta peruntukan diumumkan kerajaan Persekutuan bagi penjenamaan semula Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) sebagai Pusat Jantung Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan berkenaan meliputi naiktaraf kemudahan infrastruktur dan penjawatan.

“Proses naiktaraf ini dijangka bakal bermula tahun ini.

“Dua aspek yang diambil kira ialah pengnaiktarafan ruang sedia ada dan pertambahan tenaga kepakaran serta sokongan terlatih.

“Naiktaraf ruang sedia ada ini termasuklah melibatkan infrastruktur di Jabatan Kecemasan, pendant, wad dan rawatan harian.

“Selain itu, kita juga bakal menambah tiga orang pakar tambahan selain 120 orang kakitangan sokongan terlatih,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan sebentar tadi.

Berlangsung di Pusat Kebangsaan Antarabangsa Sabah (SICC), kira-kira 25,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan perkhidmatan kardiologi serta kardiotorasik dewasa dan kanak-kanak yang disediakan di HQE 2 ketika ini meliputi sebanyak 107 katil pesakit, klinik pakar, makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif selain dewan bedah kardiotorasik.

Menurut beliau, naiktaraf sama juga dilihat dapat meningkatan mutu perkhidmatan kesihatan yang disediakan bagi rakyat di negeri Sabah.

“Inisiatif ini antara usaha kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan kesihatan sama seperti dilaksanakan di Sarawak.

“Di Sarawak, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah pusat kanser negara untuk meningkatkan rawatan yang membabitkan pesakit kanser,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI