fbpx

Peruntukan pembangkang: Tak ada syarat sokong PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama jemaah yang hadir semasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KAJANG – “Tidak ada syarat sokong PM (Perdana Menteri) seperti mana ditohmah oleh pembangkang,” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan dalam memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata, ia lebih kepada perbincangan antara pihak terbabit bagi memastikan kestabilan kerajaan.

“Itu kita bagi mandat kepada (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof).

“(Ia) perbincangan supaya kerajaan stabil dan kita tumpu kepada pertumbuhan ekonomi, yang jamin keamanan dan kestabilan. Yang terperinci mereka boleh bincang,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Whip DAP, Nga Kor Ming menjelaskan, peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang adalah bersyarat sebagaimana yang diputuskan menerusi mesyuarat dipengerusikan Anwar.

Kor Ming bagaimanapun turut dipetik berkata, syarat-syarat yang akan dikenakan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang tidak diperincikan dalam mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI