fbpx

Mara sedia RM2 bilion bagi penajaan pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF Wajdi (kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Parlimen Gerik bersama Pengerusi Mara di Dataran Arena Pengkalan Hulu, Gerik hari ini.

GERIK – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan peruntukan sebanyak RM2 bilion tahun ini bagi penajaan pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan itu memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Katanya, permohonan bagi penajaan yang terbuka kepada semua pelajar cemerlang itu bermula 7 Mei ini.

“Ini (penajaan pendidikan) merupakan antara agenda Mara dalam memperkasakan lagi pendidikan Bumiputera. Malah, komitmen kita adalah untuk terus menghantar pelajar-pelajar menyambung pengajian ke luar negara kerana melihat ia sebagai pelaburan masa depan negara yang baik.

“Jadi, untuk tahun ini, kita peruntukan tidak kurang 2,000 pelajar untuk dihantar ke dalam dan luar negara membabitkan penajaan pendidikan antara RM1.5 hingga RM2 bilion,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Parlimen Gerik bersama Pengerusi Mara di Dataran Arena Pengkalan Hulu, di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas cadangan kuota khas pelajar Orang Asli untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), beliau menegaskan tiada kuota yang ditetapkan sebaliknya keutamaan diberikan kepada komuniti itu.

Jelasnya, penetapan kuota akan dilihat sebagai menghadkan peluang pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli untuk mendapat akses pendidikan yang berkualiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI