fbpx

Gadis cedera diragut atas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian ragut dan kecederaan yang di alami mangsa.

KLANG – Perjalanan seorang gadis menuju ke tempat kerja bertukar malang apabila diragut penjenayah sehingga cedera akibat terjatuh daripada motosikalnya di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, Isnin lalu.

Kejadian tular pukul 8.50 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun cedera di tangan dan kaki selain beg silangnya dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa menunggang Yamaha LC secara bersendirian di jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina itu.

Jelas beliau, gadis itu kemudian dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap ditunggang seorang lelaki yang menarik beg silang dipakainya.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh atas jalan dan cedera di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.

“Selain itu, mangsa kerugian RM3,000 selepas kehilangan beg itu yang berisi telefon bimbit Iphone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114,” katanya hari ini.

Tambah Hoong Fong, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI