fbpx

Cederakan anak asuhan, polis panggil kanak-kanak terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecederaan yang dialami mangsa berusia lapan tahun akibat peerbuatan anak jiran pengasuh 9 April lalu.

KAJANG – Polis akan memanggil beberapa individu kanak-kanak untuk diambil keterangan berhubung kes membuli kanak-kanak perempuan warga asing pada 9 April lalu.

Difahamkan, mangsa berusia lapan tahun itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian kaki akibat perlakuan anak jiran pengasuhnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohammad Nasir Drahman mengesahkan menerima laporan kejadian sebagaimana tular di media sosial.

Katanya, seorang wanita iaitu pengasuh kanak-kanak sejak 2017 itu bertindak membuat laporan polis pada 11 April lalu.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak ini cedera akibat perlakuan anak-anak kepada jiran pengasuh.

“Suspek dalam kes ini juga kanak-kanak bawah umur dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penganiayaan/pengabaian keatas kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kesemua suspek yang terlibat akan diambil keterangan berhubung kejadian.

“Setakat ini, empat ke lima suspek berusia enam hingga lapan tahun dipercayai terlibat.

“Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Tasnim Muhamed Nor di talian 0146209960 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri di X memaklunkan, pihaknya sedang menyiasat perkara itu selepas ditularkan seorang pengguna X semalam.

“Saya telah diberitahu bahawa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berhubung dengan ibu kepada kanak-kanak tersebut. Kes ini sedang disiasat oleh Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.

“KPWKM sentiasa mengambil berat tentang kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.

“Sekiranya anda mengetahui atau melihat kejadian yang melibatkan kanak-kanak, sila laporkan kepada Talian Kasih 15999,” pesannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI