fbpx

K9 bantu cari wanita dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR melakukan pencarian wanita warga emas yang hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Rayu.

LUNDU – Unit K9 Bomba turut dikerahkan untuk membantu pencarian seorang wanita warga emas yang hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika mencari lokan di Sungai Rayu, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang pertama dimulakan hari ini, selepas pencarian awal yang dilakukan sejurus pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 1.55 tengah hari semalam, gagal menjumpai mangsa.

“Menurut Komander Operasi, pencarian di permukaan air masih giat dijalankan dengan jarak satu kilometer ke hulu dan hillir sungai dari lokasi terakhir mangsa dikhuatiri hilang.

“Sehingga kini belum ada penemuan baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata operasi SAR melibatkan pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Perbadanan Perhutanan Sarawak, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Lundu dan penduduk kampung.

Terdahulu, beliau berkata mangsa, Minu Khien, 79, dilaporkan keluar dengan anak saudaranya di kawasan Sungai Rayu untuk mancari lokan pada pukul 8 pagi semalam.

Katanya, menurut anak saudara mangsa, kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki dijumpai di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI