fbpx

Selangor, Negeri Sembilan dilanda hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang berserta hujan lebat yang berterusan dari semalam di enam negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang, Pahang (Bentong dan Temerloh), Selangor (Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu), dan Pontian di Johor.

“Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir ini juga tertumpu di Sarawak melibatkan kawasan Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

“Walau bagaimanapun, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku menjelang petang nanti di beberapa kawasan Pantai Timur dan Johor melibatkan pedalaman Kelantan, Terengganu, dan Pahang,” ujar MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook.

Tambah MetMalaysia lagi, cuaca buruk sama juga dijangka melanda bahagian Sandakan dan pedalaman Sabah serta Sarawak menjelang lewat petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI