fbpx

[VIDEO] Niat nak ucap selamat hari raya tapi dapat sampul duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa kenderaan berhenti memberi duit raya kepada kanak-kanak.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak teruja menerima duit raya daripada golongan perantau yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @adindatudungsarung, kanak-kanak itu dilihat melambai tangan dan mengucapkan selamat hari raya kepada pemandu kereta, namun mereka terkejut apabila sebuah kereta berhenti dan menghulurkan sampul duit raya.

Terdapat beberapa buah kenderaan lain dilihat turut mengambil tindakan sama dengan menghulurkan wang kepada kanak-kanak tersebut.

“Niat nak wish (ucap) selamat hari raya dan hati-hati memandu, tapi tidak sangka pula dapat duit raya,” kata pemilik video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Rezeki budak-budak, niat mereka cuma nak ucap selamat pulang ke rumah masing-masing tapi Allah dah aturkan rezeki mereka,” komen @azlan.

“Zaman aku dulu pergi rumah ke rumah. Zaman sekarang drive thru sahaja,” komen @fzangetsuu.

“Kami pun ada bagi, tumpang seronok tengok mereka gembira dapat duit raya,” komen @mamaizzara.

Sehingga kini video tersebut mendapat 309,300 tontonan, 18,000 tanda suka dan 2,400 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@adindatudungsarung niat nak wish selamat hari raya dan hati2 memandu buat semua. tp tak sangka dapat duit raya 😂 terima kasih kepada semua yg memberi. semoga awak semua dimurahkan rezeki. Aamiin 🤲🏻 #hariraya2024 #duitraya ♬ Shik Shak Shok – Hassan Abu El So’oud

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI