fbpx

Piala Thomas: Peluang Tze Yong kembali samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUANG Tze Yong untuk beraksi di Piala Thomas kembali pudar apabila dia perlu menjalani imbasan MRI hari ini.

KUALA LUMPUR – Status perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ke saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China kembali menjadi tanda tanya apabila dia berdepan kemungkinan tidak dapat menyertai skuad kebangsaan ke kejohanan tersebut.

Situasi itu tercetus selepas Pengarah Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menjelaskan, pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu perlu menjalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) selain bertemu doktor yang merawatnya.

Tambah Rexy, perkara itu dimaklumkan sendiri jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan tetapi ia belum dapat dipastikan sama ada ia berkait dengan kecederaan belakang yang dialami Tze Yong sebelum ini ataupun tidak.

“Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai kedudukan sebenar Tze Yong untuk Piala Thomas, iaitu berdasarkan situasi semasanya. Adakah dia layak atau tidak untuk bermain (di Piala Thomas).

“Sekarang terpulang kepada keinginannya kerana pihak pengurusan dan jurulatih sudah melakukan yang terbaik untuknya. Jadi sekarang terserah kepada pemain itu sendiri,” katanya selepas tamat sesi latihan skuad negara di ABM, Bukit Kiara hari ini.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada Tze Yong akan bersama pasukan ke Chengdu selagi barisan kejurulatihan belum menerima laporan berhubung MRI yang dilakukan ke atas pemain No.18 dunia itu.

“Ia perlu keluar dari mulut pemain itu sendiri sama ada bersedia untuk bermain atau tidak. Jika tidak, semua pihak termasuk pihak atasan akan keliru kerana pada akhirnya pemain yang melaksanakan tugas, bukan pengurusan atau jurulatih.

“Ketika ini, saya belum boleh cakap dia tidak pergi (ke Piala Thomas) kerana belum terima laporan MRI serta sebarang maklumat lanjut,” tambah pengendali dari Indonesia itu.

Jelas Rexy lagi, pihaknya membuat keputusan menyenaraikan Tze Yong bersama Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh sebelum ini bagi acara perseorangan adalah disebabkan kemahuannya sendiri untuk beraksi di Piala Thomas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI