fbpx

Penduduk berpesta tangkap ikan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA penduduk menunjukkan antara ikan yang ditangkap di kawasan lubuk Sungai Tembeling di Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Musim kemarau yang menyaksikan air Sungai Tembeling di sini semakin ke­ring sehingga membentuk beting pasir membuatkan ikan-ikan liar sungai berkumpul di kawasan lubuk yang kini menjadi tum­puan orang ramai.

Penduduk kampung dan juga perantau yang pulang sempena Hari Raya Aidilfitri kini bagaikan berpesta apabila berkumpul di kawasan lubuk bagi menangkap pelbagai spesies ikan liar sungai.

Seorang penduduk Kuala Tembeling, Sabri Abdullah, 55, berkata, punca ikan liar berkumpul di lubuk sungai berkenaan adalah kerana air Sungai Tembeling menjadi cetek berikutan musim kemarau sejak awal Mac lalu.

“Pada masa ini ribuan ikan liar berkumpul di beberapa buah lubuk yang masih dalam di muara Sungai Tembeling yang bercantum dengan Sungai Jelai di sini.

“Lazimnya pada musim kemarau setiap tahun kawasan lubuk ini menjadi tumpuan ramai penduduk Kuala Tembeling dan kampung berdekatan untuk keluar beramai-ramai menangkap ikan liar di sini,”katanya di Kuala Tembeling di sini semalam.

Menurut Sabri, kebetulan hujan malam semalam menyebabkan air di lubuk sungai itu me­ningkat sekali gus menyebabkan ikan liar yang berkeliaran ketika kemarau berkumpul semula di lubuk sungai tersebut.

Katanya, antara spesies ikan liar yang berkumpul di lubuk tersebut ialah ikan lampam, ikan kerai, ikan baung, ikan belida, ikan patin, ikan toman dan udang galah.

“Saya turut bersama penduduk dan perantau turun ke lubuk berdekatan Kuala Tembe­ling dan tidak sia-sia kerana dapat menangkap seekor ikan belida seberat empat kilogram dengan menggunakan jala.

Sementara itu, seorang perantau dari Kuala Lumpur, Lokman Abdullah, 40, berkata, kebiasaannya musim kemarau bagaikan pesta apabila penduduk Kuala Tembeling turun beramai-ramai di lubuk berdekatan muara Sungai Tembeling dan Sungai Lipis untuk tangkap ikan liar.

“Ratusan penduduk ke lubuk ini untuk menangkap ikan liar memang seronok rasa macam pesta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI