fbpx

Kenaikan tiket RM5 bantu kegawatan KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daud (kanan) di samping pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Shamsudin menunjukkan jersi pra-musim Sang Kenari selepas sidang akhbar di pejabat KDA FC di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini mengumumkan kenaikan harga tiket sebanyak RM5 bermula perlawanan pra-musim untuk membantu kewangan kelab tersebut.

Pemilik kelab itu, Tan Sri D.r Mohd. Daud Bakar berkata, harga tiket baharu ialah RM20 bagi Zon Terbuka, RM30 (Zon Pavilion) dan RM40 (Zon Astaka Utama) bagi semua perlawanan di Stadium Darul Aman, di sini.

Katanya, Pas Bermusim Sang Kenari bagi musim 2024/25 pula akan ditawarkan dengan harga lebih kompetitif daripada harga keseluruhan tiket perlawanan iaitu RM150 di Zon Terbuka, RM250 (Zon Pavilion) dan RM380 (Zon Astaka Utama) yang melibatkan 12 perlawanan Liga Super sahaja.

“Kali terakhir harga tiket naik beberapa tahun lepas dan kali ini ia (kenaikan) perlu. Kita tahu keadaan ekonomi tak begitu baik tetapi keadaan kita pun gawat, jadi kenaikan RM5 itu akan dapat membantu kewangan.

“Selain itu, turut ditawarkan pas bermusim dengan kadar untuk semusim atau setengah musim bagi menggalakkan lebih ramai penyokong memilikinya,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga berharap penyokong dan peminat pasukan Sang Kenari itu dapat menyokong usaha kelab tersebut demi masa depan pasukan berkenaan.

“Pihak kelab juga mengalu-alukan sumbangan serta tajaan dari pihak-pihak yang berminat bekerjasama dengan kelab bagi musim 2024/25 ini. Terbaharu pihak kelab menerima tajaan persiapan pra-musim dari syarikat AR AB Group Sdn. Bhd.

“Usahawan tempatan amat dialu-alukan dalam membantu pihak kelab untuk sama-sama menongkah arus bola sepak tempatan yang mencabar pada masa mendatang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI