fbpx

Ranhill SAJ perlu ambil tindakan proaktif tangani isu bekalan air – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Syarikat pengendali air Ranhill SAJ diminta membuat persediaan bagi memastikan gangguan bekalan air di negeri ini tidak terus berlarutan khususnya sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ketika ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya berasa kesal dengan gangguan yang dilaporkan masih berlaku di beberapa kawasan ketika ini.

Katanya, gangguan bekalan air yang berlaku setiap tahun itu telah menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri buat rakyat Johor.

“Kerajaan Negeri menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani setiap aduan gangguan bekalan air yang dialami oleh rakyat Johor.

“Ranhill SAJ sewajarnya mengambil tindakan yang proaktif dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan penduduk negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, Ranhill SAJ juga telah diminta membuat persediaan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

“Pengurusan tertinggi Ranhill SAJ juga telah memberikan komitmen untuk memastikan tiada isu gangguan bekalan air mahupun catuan air di Negeri Johor sepanjang musim perayaan ini.

“Namun demikian, berdasarkan aduan diterima telah menimbulkan persoalan berhubung keupayaan Ranhill SAJ selaku operator bekalan air di Johor dalam menangani gangguan bekalan air yang berlaku saban tahun,” jelasnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI