fbpx

Polis lepaskan tembakan kereta lari sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta membawa empat PATI terbabas di Jambatan Kuala Pegang, Baling selepas lari dari sekatan jalan raya di Gerik awal pagi tadi.

BALING – Polis melepaskan lima das tembakan amaran selepas sebuah kereta membawa empat pendatang asing tanpa izin (PATI) lari daripada sekatan jalan raya dari Gerik, Perak ke daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku selepas pemandu kereta tersebut enggan berhenti di sekatan jalan raya di Jalan Sungai Lebey di Gerik, Perak.

“Unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik yang menerima makluman berhubung kejadian terus membuat Op Kesan di kawasan sekitar.

“Kereta berkenaan berjaya dikesan di sebuah stesen minyak di Kuala Rui, Gerik namun suspek bertindak memecut laju sehingga masuk ke daerah Baling,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, anggota terbabit turut meminta bantuan daripada MPV Baling.

“Suspek memandu kereta secara berbahaya dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya dari arah bertentangan.

“Bagi mengelakkan kereta suspek melanggar kenderaan lain, anggota MPV Gerik memberi amaran menggunakan alat perhubungan sebanyak tiga kali,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, katanya, suspek tetap enggan berhenti sehingga anggota terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta.

“Suspek terus memecut laju sehingga terbabas di atas Jambatan Kuala Pegang, Baling dengan dua suspek dipercayai pemandu dan penumpang hadapan melarikan diri di bawah jambatan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta mendapati terdapat seorang lelaki dan tiga wanita warga asing berusia antara 23 hingga 39 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” jelasnya.

Katanya, sebanyak lima das tembakan dilepaskan dengan dua terkena pada bonet kereta dan tidak berlaku sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Sementara itu, kata beliau, salah seorang suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan di Stesen Bas Gerik pada pukul 3 petang tadi.

Tambahnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling manakala siasatan di bawah Seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) dan Seksyen 6(1) 1959/63 dijalankan IPD Gerik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI