fbpx

Man. United berada pada tahap terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kiri) menyelamatkan maruah United apabila meledak dua gol ketika seri 2-2 dengan Bournemouth awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag akhirnya ‘meletup’ apabila diasak dengan soalan panas sejurus tamat aksi menentang Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality yang berkesudahan seri 2-2 awal pagi semalam.

Pada sidang media selepas perlawanan, Ten Hag diminta memberikan pendapat tentang risiko menamatkan musim di kedudukan lebih rendah daripada tempat ketujuh.

“Saya tidak mahu komen soalan itu. Buat masa ini ia tidak begitu penting,” katanya ketika mengulas potensi United menamatkan musim di luar kelompok tujuh terbaik.

United berdepan detik sukar ketika melayan Bournemouth yang memperoleh dua gol menerusi Dominic Solanke dan Justin Kluivert, namun Bruno Fernandes tampil menyelamatkan maruah The Red Devils dengan dua jaringan untuk menyamakan kedudukan.

Sejak 1992, United tidak pernah menamatkan kempen di bawah kedudukan ketujuh de­ngan kali terakhir pasukan itu menutup kempen di tempat ketujuh adalah pada musim 2013/2014.

Bagaimanapun, United kini dihimpit isu kecederaan dan ia menjadi detik sukar khususnya untuk menamatkan baki enam lagi perlawanan musim ini.

“Kami berikan apa yang kami mampu, namun saya juga ber­sikap realistik. Jika kami ada skuad penuh, saya pasti mampu berada di pentas Eropah.

“Kami akan terus berjuang dan anda juga boleh lihat potensinya walaupun ada pemain muda me­lakukan kesilapan. Namun, ­mereka sudah buktikan yang mereka mampu bersaing dengan pasukan atasan,” jelas Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI