fbpx

[VIDEO] Gajah betina mati dilanggar SUV di JRTB Gerik-Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERIK - Seekor gajah betina mati dilanggar kereta dalam kejadian di Kilometer 50, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran simpang Air Banun di sini hari ini.

GERIK – Seekor gajah betina mati dilanggar kereta dalam kejadian di Kilometer 50, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran simpang Air Banun di sini hari ini.

Video dan gambar berkaitan kejadian itu tular selepas dikongsi pengguna media sosial sejak pukul 9 malam tadi.

Turut kelihatan, serpihan peralatan dipercayai milik kenderaan yang melanggar anak gajah tersebut bertaburan di atas jalan.

Difahamkan, haiwan liar itu dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Xtrail yang dalam perjalanan dari arah Kelantan menghala ke Gerik.

Apabila sampai di lokasi kejadian, seekor gajah dikatakan melintas secara tiba-tiba di laluan selepas selekoh menyebabkan kenderaan itu gagal mengelak lalu melanggar haiwan liar tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya sedang menyediakan maklumat lengkap untuk makluman media.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusuff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan gajah itu dianggarkan berusia lingkungan tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI