fbpx

Anggota tentera tersepit kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera yang didapati tersepit dibawa keluar selepas kemalangan berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang anggota tentera darat cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung, Hulu Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan jalan raya pada pukul 9.41 pagi.

Jelas beliau, seramai lima anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera LFRT sebaik panggilan diterima.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah lori orang awam.

“Namun, lori tersebut telah tiada di lokasi semasa pihak bomba tiba.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang merupakan anggota tentera darat didapati telah tersepit di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mukhlis, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada petugas perubatan untuk menerima rawatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI