fbpx

Tembak KLIA: ‘Bodyguard’ halang tembakan daripada terkena isteri suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian berlaku (kiri) dan suspek yang sedang diburu oleh pihak polis berhubung kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1.

SEPANG – Seorang pengawal peribadi bertindak nekad menghalang tembakan daripada terkena majikannya dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu difahamkan suspek lelaki berusia 38 tahun itu melepaskan dua das tembakan menyasarkan isterinya pada jarak dekat.

Katanya, susulan tembakan itu pengawal peribadi berkenaan menghalang dan mengenai bahagian perut menyebabkan kecederaan.

“Pada mulanya suspek melempar satu mercun dan telah mencederakan dua orang awam.

“Sebelum itu suspek bertindak nekad menghampiri mangsa iaitu isterinya sendiri yang mengambil perkhidmatan dua pengawal peribadi.

“Suspek melepaskan tembakan jarak dekat pada jarak tiga hingga empat meter,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan pengawal peribadi berkenaan yang bertindak berani pada situasi tersebut.

“Pengawal peribadi berjaya laksana tugas dengan cemerlang. Dia memang halang tembakan itu,” ujarnya.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi tadi, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan tersebut.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI