fbpx

Zii Jia harapan negara di Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal menggalas peranan besar bersama skuad negara menghadapi Piala Thomas hujung bulan ini.

SEGALA persoalan mengenai penyertaan senarai pemain badminton negara ke Piala Thomas akhirnya terlerai selepas bintang perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia bakal mengetuai cabaran tersebut di Chengu, China pada 28 April hingga 5 Mei nanti.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan semalam mendedahkan selain pemain ranking ke-11 dunia itu, seorang lagi bintang negara iaitu Ng Tze Yong yang sebelum ini terpalit dengan faktor kecederaan dijangka diberikan laluan ke Piala Thomas.

Bagaimanapun, penglibatan Tze Yong ke Piala Thomas perlu menunggu penilaian akhir sebelum dibenarkan menyertai skuad negara kerana pemain No.18 dunia tersebut masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan belakang pada Februari lalu.

Selain itu, BAM juga menyenaraikan tiga pemain perseorangan lelaki iaitu Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh.

Bagi beregu lelaki, pasukan negara akan diketuai gandingan utama iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei dan Muhammad Haikal Nazri turut mewakili Malaysia.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky menegaskan, pemilihan pemain dibuat selepas perbincangan menyeluruh dengan barisan kejurulatihan.

“Kami telah memantau rapi pemain semasa latihan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Selepas menilai keadaan dan prestasi mereka, pasukan kejurulatihan telah memuktamadkan skuad ini.

“Saya yakin pemain yang terpilih bersemangat untuk bersaing dalam acara berpasukan paling berprestij di dunia ini. Pemain kami pastinya akan memberikan yang terbaik di China.

“Beberapa pemain muda dalam kedua-dua skuad Piala Thomas dan Piala Uber berazam untuk membuktikan diri mereka dan menyampaikan persembahan yang mantap,” kata Rexy.

Sementara itu, bagi saingan Piala Uber, BAM telah menyenaraikan pemain perseorangan berpengalaman iaitu Goh Jin Wei dan K. Letshanaa dalam pasukan.

Mereka akan disertai Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Teoh Mei Xing, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee, dan Chan Wen Tse.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI