fbpx

[VIDEO] Sekeluarga cemas kereta disondol gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kondisi kenderaan milik @jadthechampion yang kemik setelah dirempuh seekor gajah.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya Timur Barat Gerik–Jeli.

Perkara itu dikongsi pengguna TikTok @jadthechampion hari ini.

“Gajah rempuh kereta aku. Mujur semua selamat. Tidak mengapa, kereta boleh dibaiki,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas keluarga tersebut.

Tidak kurang juga, ada netizen yang berkongsi tips serta doa yang boleh diamalkan sekiranya berdepan dengan situasi sama.

“Kalau berada dalam situasi begini, cuba baca doa Nabi Sulaiman. Jangan buat bising dalam kereta sebab telinga gajah sangat peka,” kata Pinky.

“Keluarga ini memberhentikan kereta kerana takut gajah terperanjat. Kalau dia (gajah) naik minyak, boleh hancur kereta. Kalau gajah jauh boleh pecut, tapi kalau macam ini (dekat) lebih baik diam,” kata Amer.

“Hari ini baru tahu kalau gajah lalu, tak boleh bergerak dan tak boleh bunyi suara,” kata Elmo.

Video berdurasi 50 saat itu mendapat 20,600 tanda suka dan 805,600 tontonan di TikTok. – KOSMO! ONLINE

@jadthechampion Syukur semua selamat Jeli-Gerik #fyp #fypシ ♬ original sound – Abdul Jad Ayub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI