fbpx

Firdaus Abdullah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Firdaus Abdullah

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Firdaus Abdullah meninggal dunia hari ini.

Berita tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi DBP.

“Warga DBP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Dr. Firdaus bin Abdullah (Mantan Ketua Pengarah DBP) yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 April 2024 bersamaan 2 Syawal 1445.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” katanya.

Difahamkan, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Kampung Baru sebelum kebumikan di Tanah Perkuburan Ampang.

Dr. Firdaus merupakan seorang tokoh akademik dan budayawan berasal dari Kuang, Selangor.

Beliau berkelulusan Sarjana Politik dari Universiti Ohio, serta memegang ijazah Sarjana Falsafah dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik, kedua-duanya dari Universiti Columbia.

Di sektor swasta, beliau berkhidmat sebagai wartawan Berita Harian (BH) dan The New Straits Times (NST) dan Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn Bhd (anak syarikat Kumpulan Utusan Melayu) dari tahun 2004 hingga 2005.

Allahyarham merupakan Fello Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM).

Beliau menjadi Ketua Pengarah DBP dari 2005 hingga 2008 dan kemudian dilantik sebagai senator pada 2009.

Dr. Firdaus turut dikenali dengan beberapa karya antara kumpulan puisi Prisma Mimpi (1985), kumpulan puisi kanak-kanak Puisi Amira dan Falahi (1986). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI