fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di tiga negeri, pagi ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook, ramalan tersebut sah sehingga pukul 12 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan terutamanya di sekitar kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Cuaca sama turut diramal di beberapa kawasan di Pahang meliputi daerah Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya.

Selain itu, hujan lebat turut diramal di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, cuaca buruk turut diramal di Sarawak meliputi kawasan Kuching (Lundu), Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Mukah.

Kawasan lain diramalkan cerah sehingga tengah hari.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan lebat itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI